Followers

Thursday 29 September 2016

BURUJ - JAM TANGAN ISLAMIC YANG CANGGIH



BURUJ DIGITAL EXCLUSIVE (BW 03)

MODEL TERBARU BURUJ. LEBIH EXCLUSIVE .LEBIH MENARIK!!

FAKTA MENARIK BERKENAAN BW 03 :


-DUA PILIHAN WARNA = HITAM DAN KELABU SILVER
-WEIGHT = 130G
-DIAMETER = 41MM
-THICKNESS = 13.50MM
-LENGTH = 235MM

-AUTOMATIK KIBLAT:
*hanya perlu tekan butang qiblat dan anak panah akan mencari sendiri arah kiblat tempat semasadari posisi mana sekalipun*

-WAKTU SOLAT:
*waktu solat bagi seluruh bandar besar dunia, waktu solat akan auto update dan boleh juga di tambah kordinat bandar baru dengan mudah*

-TULIS NAMA PEMILIK JAM :
*anda boleh tulis nama anda atau apa sahaja sehingga 7 huruf dan boleh memilih sama ada ingin memaparkan di depan skrin atau tidak :)

-PENANDA AL-QURAN:
*jam sudah dilengkapi dengan nama surah dan nombor ayat. hanya peril pilih surah mana dan ayat berapa yang kita baca*

-DWI-BAHASA:
*jam ini memberikan anda pilihan sama ada mahu menggunakan Bahasa Arab ataupun Bahasa Inggeris*

-ALARM:
*selain alarm waktu solat, jam ini juga dilengkapi dengan aplikasi penggera jam biasa*

-STOPWATCH:
*kiraan dari 0.1 saat hingga 9 jam.

-MOON AGE:
*anda boleh mengetahui umur bulan mengikut semasa*

-BATERI INDIKATOR:
*akan menunjukkan kadar bateri semasa*

-AUTOMATIK KOMPAS:
*anda juga boleh mengetahui kedudukan darjah semasa dan mencari arah mata angina menggunakan jam ini*

-DAYLIGHT SAVING TIME (DST):
*untuk mengurangkan waktu semasa satu jam atau mempercepat satu jam*

-TAQWEEM:
*jam ini dilengkapi dengan 6 cara kiraan waktu solat utama dunia. di Malaysia kita pilih Egypt*

-TIME DISPLAY:
*boleh pilih ikut kesesuaian system 12/24 *

-AZAN SAFETY:
*boleh betulkan jika waktu solat yang dipaparkan lari seminit dua*

-LAMPU LED HIJAU:
*lampu LED hijau yang sangat terang dalam keadaan gelap*

APA LAGI YANG ANDA DAPAT?

1- JAMINAN SELAMA SETAHUN
2- KOTAK YANG SANGAT MENARIK DAN SESUAI JIKA INGIN DIJADIKAN SEBAGAI HADIAH ATAU HANTARAN KEPADA ORANG YANG TERSAYANG <3 <3
3- FREE POSTEGE


WhatsApp "Buruj" ke ----> 010 4122741

Wednesday 30 April 2014

BINTANG SYURGA :')

CERITA TENTANG ALLAHYARHAM AKHI AHMAD AMMAR
Oleh: MUHAMMAD BIN AHMAD ZAHID
Tarikh: 20/11/2013
Tempat: ISTANBUL, TURKI



Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh kerana ramai yang bertanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yang baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau menghadap Ilahi. Maka saya sebagai sahabat sepengajian beliau di Turki berasa brtanggungjwab untuk memperkenalkan serta mem 'promote' kan segala kebaikan yang beliau pernah lakukan semasa hayatnya mudah-mudahan ia dikira ilmu bermanfaat yang dtinggalkan beliau (yang mana pahalanya berterusan sehingga kiamat). Harap kepada siapa yang baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak panjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dengan banyak ayat yang tak tersusun.

Beliau antara student Malaysia terawal ( beliau batch ke 2, saya ke-4 walaupun sampai sekarang student malaysia di Turki tak sampai 35 orang pun) yang melawan arus perdana apabila memilih Turki sebagai destinasi pengajian setelah SPM. Sebab tu kami panggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yang pernah dinobat sebagai pelajar kedua terbaik SPM 2010 di RMC dengan pencapaian 9A1 1A2 memilih untuk sambung d Turki, Negara yang sering dilabel sebagai Negara eropah yang 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih berprestij. dah la ambil Turki, ingatkn ambil medic ke, atau engineering, tengok2 ambil sejarah, bidang yang sering diambil oleh student gred C dan D, sejarah Uthmaniyyah pula tu. MashaAllah. Bila pertama kali saya tanya beliau kenapa pilih Turki dan ambil sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu pernah jadi pusat Dunia Islam 600 tahun, tak ada kuasa dunia yang lagi lama daripada tu, Negara lain pun respect dan tunduk dengan Turki, kenapa kita tak bangga, tu sjarah kita. kita boleh kembalikan balik sejarah tu. lepastu kita ni dah belajar tinggi2 last2 orang yang belaja lebih2 kurang pula control kita. sebab tu ana ambil sejarah". Cukup tersentak dengan jawapan tajam beliau.

Beliau seorang yang sangat pendiam, tapi skali beliau cakap, semua orang nak dengar dan akan ingat apa yang beliau cakap. Beliau juga sangat susah nak gelak ketawa, tapi sekali beliau ketawa semua orang ingat bila dan apa yang buat beliau ketawa. Beliau jangan haraplah nak bercakap dengan perempuan, sangat kekok kalau beliau dalam situasi tersebut. pernah sekali beliau bawa student malaysia overseas yang datang cuti di Turki dan kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nak bagi tahu kat perempuan tersebut, beliau call seorang sahabat kami yg ambil master di Turki untuk tolong bagitahu perempuan tu apa yang dia nak bagitahu. Padahal beliau ada didepan perempuan tersebut. MashaAllah begitu sekali beliau menjaga dirinya.

Beliau seorang yang sangat rajin menolong, kalau ada program apa2 di rumah, beliau orang yang pertama sampai untuk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau juga la yang last sekali balik sebab nak bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dan bungkuskan makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sangat sopan santun, sangat berjaga2 ketika bertanya dan sangat berdisiplin. sebab beliau pernah cakap "dulu masa kecil2 memang kuat ah main2 tapi lepas masuk RMC memang kena train habis". Saya cukup rapat dengan beliau dan keluarga beliau malah saya mengenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya masa first time saya mengaji depan orang umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yang ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lagi saya aktif dalam program ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak saya sampai di Turki, kalau sabtu ahad, saya akan pergi ke rumah beliau dekat Fetih Mahallesi (hari2 lain saya di asrama Turki) ,makan sama2, beliau masak, bersukan, berdiskusi sampai tulis kat whiteboard dan akan tidur d biliknya. antara cara beliau ialah sebelum tidur dan bangkit dari tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pada masa tu saya ingat mungkin dari sekolah. menengah lagi kot dia macam ni. Beliau sering tidur lewat kerana membaca buku (buku2 nya banyak yang dah ghabak dan banyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau membacanya). Bulan lepas, saya diminta untuk bentang mengenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg saya jadikan rujukan utama. beliau pun bagi la buku2 dan article2 sebagai persediaan untuk saya. Beliau juga cadangkan supaya setiap minggu mesti ada student yang akan present mengenai apa2 ikut bidang masing2.

Ketika Eid Adha yang lalu, kami (student Malaysia) berkumpul. bersama2 selama seminggu. dalam seminggu tu ada 1 hari full program dari pagi sampai malam. kami dibahagi2 ikut kumpulan. Ditakdirkan Allah, kumpulan saya diketuai oleh beliau. tapi yang lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" y g brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.

Al-Faatihah. :')