Followers

Tuesday 26 November 2013

.baik atau jahat ?

.ada orang 'baik' akhlaknya dulu .
Tapi sekarang??

.Ada orang 'buruk' akhlakya dulu .
Tapi sekarang??

.Sama sama perbaiki diri

.Baik .tak selamanya baik .

Jahat .tak selamanya jahat .


#tepuk dada tanya iman :)



#jom jadi baik :3

Tuesday 12 November 2013

.Dua Puluh Sen !

.Assalamu'alaikum .hye peeps .hehe . walaupon hari nih aku dalam keletihan yang ter amat sangat ,aku tetap nk hapdate gak .sebab benda yang aku nk cite nih pertama kali trjadi kat dlm hidup aku .

.pepagi buta tadi seperti biase aku pegi keje < part time kat petronas > .turn aku jaga NGV .berpanas ribut salji aku at luar station tu .sensorang lagi .haihhh .then .dalam pukul 11 gitu ada satu customer NGv tu tengok tengok kat longkang .tetibe dia masuk dalam longkang tu  .aku pelik gak . pehal lak apek tu masuk dalam longkang?? .then dia keluar .aku nampak ade something kat tangan dia .dia tunjuk kat aku benda tu .owww .rupanya duit syiling dua puluh sen ! .haha .tapi . . kata kata apek tu yang buat aku rasa kagum dengan dia .dia ckp . .

"ini duit dua puluh sen .saya jumpa dalam itu longkang .< tangan dia tunjuk longkang dia selam tadi > .saya ambil ini duit sebab saya tak mau tengok nama Malaysia ada dalam longkang .ini kita punya duit .negara kita punya duit .ada nama negara kita sendiri .sedih maa tengok ini dalam longkang .saya pun ambil la .hahaha . "



"haa .mcm nih lha rupa duit syiling dua puluh sen yang apek tu amik "


".nanti skejap . .saya pegi cuci ini duit " apek tu pon pegi kat toilet belakang station untuk cuci duit syiling tu .lepas apek tu pegi . .aku tergamam .betol ke ape yang aku dengar tadi?? .apek tu sanggup masuk longkang semata mata nak amik duit syiling tu sebab tak nak tengok nama negara kita yang tercinta nih ada kat dalam longkang .wahhh .alhamdulillah .ade gak orang macam nih .orang cina lagi .bukan senang nk jumpa ! .kat dalam hati aku cuma dapat berdoa agar Allah berikan apek tu hidayah untuk masuk islam sebab apek tu mmpunyai hati yang cukup murni .hmmm .tak lama lepas tu apek tu datang .dia bagi aku duit syiling tu kat aku .haha .seriously ,aku tak pernah jumpa orang mcm apek nih .pelihara maruah negara sebaik mungkin .hmm .ape ape pon "tengkiu ye apek bagi saya duit tu ^^ "

Saturday 9 November 2013

.ReNew Blog .

.alahai .ade sorang sahabat aku tanya "kau reNew blog kau ke? nape?" .<lebih kurang mcm tu lha dye tanya > .then aku jawab selamba "saja .tak nak tengok yang lama ^^ " .

.aku ingatkan tak de sape yang akan mempertikaikan hal nih .tupp tupp ade gak seketol nih tanya .haha .memang patut pon aku reNew balik blog aku nih .and sepatutnya dah lama dah aku buat benda nih .sebab . .nanti bila aku tengok balik blog aku nih ,tak de lha terkenang / teringat kembali kisah kisah lalu aku yang penuh pahit getir tu .bila terbaca balik je mesti aku jadi mcm ni depan laptop :




" Depressed "



.kadang kadang tu boleh jadi sampai mcm nih . . .



" gigit gigit "

so?  . . .Cry or Try??


* ade orang tu cakap . ."new blog., new step "  :3

< okeyy .aku cuba :') >




Saturday 7 September 2013

.aku yakin . . .

.biarpun lemah jantung ini untuk berdegup ,

biarpun sakit hati ini untuk dilalui ,

biarpun lemah kudrat kecil ini untuk berdiri ,

biarpun berat dugaan yang menimpa ,

akan ku usaha untuk teruskan kehidupan ini .

walau jiwa dan raga ku menolak keras ,

walau hati membantah teguh ,

aku tahu .

aku yakin .

Tuhan akan membantu :')



| NurulAmiera |

.Siapa yang tahu .apa yang tersirat di hati??



Ya Allah ,terkadang aku telah banyak lalai dan leka dengan Mu .

terkadang aku terasa jauh dari tali Mu .

justeru itu .engkau dekatkanlah diriku dengan Mu .

hanya Doa yang dapat memberi ketenangan jiwa .

dan tidak pernah lekang dari bibir  . .

sentiasa berdoa dan mendoakan . .

"    dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang ,

.dengan nama Allah yang tidak boleh dimudaratkan oleh sesuatu pun .

.baik dibumi mahupun dilangit ,

dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui .

.Ya Allah Ya Tuhanku . .

.tidaklah sesuatu urusan itu mudah apabila Engkau jadikan ia mudah .

.tiadalah kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki .

.apalah kiranya Ya Allah dengan sifat Rahim Mu .

.Engkau permudahkanlah urusan seharianku  .

.jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam ,

.jadikanlah hari esok lebih baik dari hari ini dan seterusnya . .

.Ya Allah .ampunilah dosaku ,

dosa kedua ibu bapaku ,

adik beradik ku ,

guru - guruku ,

pensyarah - pensyarahku ,

muslimin muslimat ,

dan yang tak pernah ku lupa ,

Engkau ampunilah dosa sahabat - sahabatku Ya Allah .

.Ya Allah . .Engkau lindungilah kami Ya Allah .

.lindungilah kami dari segala malapetaka dan godaan syaitan Ya Allah .

jauhkanlah kami daripada azab api nerakaMu ,

jadikanlah kami penghuni syurgaMU ,

ringankan lah azab sakaratulmaut kami Ya Allah . .

matikan lah kami dalam keadaan beriman kepadaMu .

.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang Engkau berikan .

Engkau lindungilah hubungan sillaturrahim antara kami, Ya Allah .

dan wujudkanlah kasih sayang antara kami . . ."

.aku berlutut, aku bersujud dengan penuh rasa kehambaan :')


| NurulAmiera | 




Saturday 16 March 2013

.wake up ! .jangan lemahh !



.Jiwa yang lemah akan melahirkan 15 keburukan pada diri sendiri :

1- Fanatik dengan pandangan peribadi.

2- Tidak mahu mengaku kesilapan sendiri.

3- Berasa sempit dada apabila dikritik dan dinasihati.

4- Bahagia dan seronok dengan pujian.

5- Gembira dan seronok apabila mendapat perhatian.

6- Gila kuasa, ghairah untuk menonjolkan diri dan mahu sentiasa dipilih.

7- Tidak menunaikan hak orang lain.

8- Mengungkit-ungkit segala khidmat bakti dan amal kebaikan.

9- Terpedaya dengan kebolehan dan kelebihan diri.

10- Tidak suka orang lain memperolehi kebaikan.

11- Merasakan dirinya sahaja berhak untuk bercakap di kalayak ramai.

12- Menghebahkan amal kebajikan sendiri kepada orang lain.

13- Sentiasa takutkan kemiskinan.

14- Tidak mampu untuk berhadapan dengan orang lain  kerana berasa lemah diri.

15- Mudah berubah pendapat dan goyah pendirian.

Monday 18 February 2013

.Tuhan sahaja yang mengetahui rahsia hati <3
“ Jangan suka menyakiti orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya. 
“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga bu,” kilas si anak.
“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang anakku,” Kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.”
Si ibu berfikir, apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini. “Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.
“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”
“Baik, ibu.”
Beberapa bulan berlalu, mereka bersama-sama menghadap dinding tersebut.
“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya minta maaf.”
“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”
“Maksud ibu?”
“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah berlubang, calar dan berkematu. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

IKTIBAR : Meminta maaf akibat menyakiti hati orang lain adalah amalan terpuji. Tetapi menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain jauh lebih terpuji. Luka di hati lebih sukar diubati daripada luka di tangan ^^