Followers

Thursday 27 December 2012

pandangan lelaki terhadap perempuan

.Assalammualaikum :)


Allah telah menjadikan setiap kejadian itu berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, rajin pasangannya malas, tidur pasangannya jaga dan lelaki pasangannya perempuan. Disebabkan perempuan pasangannya lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat sesungguhnya ini ada hubungkaitnya dengan nafsu. Ia ada pula perkaitannya dengan bisikan syaitan. Jadi, untuk mengawal nafsu mestilah dikawal dengan iman.

.tetapi, untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah ALLAH dan RASUL serta menjauhi segala kemungkaran.

.pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa ek?? (.emm .saya pun tak pasti . .haha). .tapi pasti anda tahu maksudnya. Semua perempuan tahu orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Jadi, mata lelaki ni selalu menjalar apabila terpandang seorang wanita. Setiap bentuk badan wanita akan dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihat oleh seorang lelaki adalah rambut perempuan itu. Sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup rambutnya.
.apabila rambut wanita itu dah ditutup, maka mata lelaki ini akan turun ke bawah melihat lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya dengan tidak memakai tudung yang telus cahaya . Seterusnya mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk payudaranya, sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup dadanya dengan melabuhkan tudung. Setelah itu, mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, sebab itulah wanita perlu dan wajib untuk melabuhkan pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya. Kemudian, mata lelaki ini akan turun lagi melihat pula bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu untuk membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan dan lelaki ni seterusnya akan melihat bentuk pehanya. Maka, janganlah sesekali wanita ini memakai kain atau seluar yang agak ketat hingga nampak bentuk pehanya.

.mata lelaki ini akan turun lagi, melihat kepada kaki perempuan. Oleh itu, wajiblah seorang wanita itu memakai stoking yang warnanya tidak sama dengan warna kulit kita. Tolonglah..agar mata-mata lelaki ni tak berdosa. Sesudah tu, mata lelaki ni akan kembali semula ke atas. Menengok pula bentuk tangan yang cantik pada pandangan mata lelaki. Maka, tolonglah wahai muslimah sekalian, labuhkanlah tudung kita menutupi bentuk tangan kita.Tak pun, pakailah sarung lengan yang ada sekarang ini lebih afdhal..kat mydin banyak jual, murah pulak tu!!..haha :D

.wahai sahabat, (pesanan untuk sesiapa yang bernama lelaki) janganlah pula kamu melihat mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah kecualilah jika kamu nak meminangnya. Dan pada sahabat yang bernama perempuan, jika takut muka yang cantik tu akan menimbulkan fitnah..maka berpurdahlah jika itu lebih baik buat kamu. Tetapi, mata lelaki ni ada satu jenis penyakit lagi iaitu mata lelaki ni akan tertangkap secara spontan bila ternampak warna yang terang atau warna-warni. Oleh itu, wanita sekalian janganlah pakai pakaian yang warnanya terang sangat (pink ,kuning or apa-apa yg terang), kalau nak pakai pun pakailah dalam rumah atau untuk suami. Lebih selamat kan?? :)

.satu perumpamaan yang cukup mudah, Kucing lebih tertarik kepada ikan yang terdedah berbanding dengan ikan yang terdapat dibawah dibawah tudung saji walaupun ikan tersebut lebih besar dan enak rasanya, satu lagi, barang yang tersimpan dalam almari kaca lebih mahal harganya berbanding dengan barangan yang terdedah dan berlonggok.

.wahai sahabiah sekalian, semua saya sebut tadi berkenaan dengan mata lelaki. Bila dah tutup aurat tu jangan pulak ingat tugas kita dah selesai. Kenalah pula kita menjaga kehormatan diri kita. "Jangan keluar seorang diri!! ". Keluarlah dengan mahram ataupun kawan. Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah walau muslimah tu dah menutup aurat. Insya Allah selamat duniawi dan ukhrawi.

.ingatlah, apa yang ada pada seorang wanita tu tiada pada lelaki. Itulah istimewanya wanita, maka peliharalah ia sebaik mungkin dan serahkan saja itu semua kepada yang halal iaitu untuk suami kita. Ingatlah, hukum Allah tu adalah untuk kebaikan kita jua. Tiada ruginya pada Allah tapi amat malang jika kita melanggarnya. Dan pada kaum lelaki, mata kamu tu wajib untuk tidak mencuri melihat wanita ajnabi dan dilarang sangat sangat oleh Allah dan Rasul.

.sesungguhnya pandangan antara lelaki dan wanita yang ajnabi adalah salah satu daripada panahan syaitan. Ingat, wanita dijadikan dari rusuk lelaki, bukan dari kepala sebagai atasnya dan bukan dari kaki sebagai alasnya. Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dididik dan dikasihi.

.berkorban kerana Allah membuatkan kita tak terasa kehilangan harga diri malah mendapat ketenangan dan kebahagiaan hakiki. Insya Allah :)

* tujuan menulis artikal ni bukan untuk menyindir mana-mana pihak atau apa pun .ia sekadar satu peringatan untuk sahabat tercinta dan diri sendiri .semua manusia ingin jadi yang terbaik .tapi tidak semua manusia tu sempurna .begitu juga saya .masih ada beberapa lagi harus diubah dan diperbaiki untuk jadi yang tertulis dan dituntut dalam Al-Quran .oleh itu .ayuh la sahabat! .kita ubah diri kita kearah yang lebih baik .JANGAN RASA MALU UNTUK BERUBAH KE ARAH KEBAIKAN ! .ITU HANYA UNTUK ORANG YANG JAHIL! .bukan minta untuk ubah secara mengejut .tapi beransuran .insya Allah . .kelak kita akan menjadi ahli syurgaNya . .aminn :')

Sunday 23 December 2012

.untukmu sahabat :')

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . .

.terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau tetamu hatiku yang datang tanpa disedari .

.maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.

.kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. kata-kata semangatmu membuatkan aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.

.terima kasih kerana menyedarkan dan mengajar aku menerima hakikat kehidupan. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.

.dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan antara kita akan terus mekar tanpa henti.

.dengan itu walaupun kita akan mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.

.akhir kata, "andai" kita tidak bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Dan jadikanlah coretan ini sebagai warkah terakhir dariku buatmu .mulakan hidup baru. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal.

Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan mereka walaupun mungkin untuk seketika . . aku gembira Ya Allah berada disamping mereka   :')