Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . .
.terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau tetamu hatiku yang datang tanpa disedari .
.maaf andai kata aku tersilap mencongak 
pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat 
yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita 
memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.
.kita mencintai ilmu dan itulah yang 
mendekatkan hatiku padamu. kata-kata semangatmu membuatkan aku dambakan perubahan positif dalam diri ini
 dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan 
inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. 
Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup
 sangat bermakna.
.terima kasih kerana menyedarkan dan mengajar aku menerima hakikat 
kehidupan. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal 
dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk
 menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang 
setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan  
tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.
.dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH
 atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti 
seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai 
redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah
 yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik 
dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan antara kita akan 
terus mekar tanpa henti. 
.dengan itu walaupun kita akan mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap 
menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.
.akhir kata, "andai" kita tidak bertemu lagi, 
janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi 
kenanglah perkara yang indah tentang kita. Dan jadikanlah coretan ini sebagai warkah terakhir dariku buatmu .mulakan hidup baru. Apabila kita mulakan hidup 
baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan 
menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan 
yang manis dan akan kekal.
 



 
No comments:
Post a Comment